Keselamatan anda, keutamaan kami
- Jangan layan panggilan mengenai tunggakan baki kad kredit, pinjaman peribadi belum selesai atau pindahan masuk wang daripada Bank Negara Malaysia.
- Jangan layan panggilan daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan penyelesaian caj pelaburan wang haram atau tuduhan jenayah.
- Jangan dedahkan maklumat akaun seperti ID log masuk, kata laluan, imej sekuriti, frasa sekuriti, OTP and Kod Cabaran / "Challange Code" anda kepada pihak ketiga atau pegawai bank kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, sila hubungi nombor telefon rasmi OCBC yang disenaraikan di dalam laman web kami.
- Berhati-hati dengan skim "phishing" dan perisian hasad "malware". Jangan klik mana-mana pautan yang dihantar melalui emel, SMS, atau aplikasi media sosial.
- Ingat untuk gunakan gabungan abjad, (termasuk huruk besar) dan nombor untuk membina kata laluan yang kuat. Kata laluan anda sepatutnya mengandungi 8 hingga 12 askara and ingat untuk manukar kata laluan anda secara kerap.








Panduan Keselamatan Perbankan Dalam Talian
Amatlah penting untuk melindungi diri anda semasa menggunakan perbankan dalam talian untuk keperluan harian anda. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk perbankan dalam talian yang selamat:
Jangan kongsi butiran perbankan anda
Pihak bank atau institusi kewangan yang sah tidak akan meminta maklumat ini melalui e-mel, panggilan telefon, atau mesej teks.
Berhati-hati dengan percubaan pancingan data
Jangan klik pada pautan atau muat turun sebarang fail daripada emel atau mesej teks yang mencurigakan.
Terus hubungi bank anda
Jika anda menerima panggilan mencurigakan yang mendakwa dari pihak bank, hubungi bank anda dengan segera menggunakan nombor telefon atau laman web rasmi.
Pantau akaun anda secara berkala
Laporkan sebarang transaksi yang tidak sah, ralat atau percanggahan secepat mungkin.

Lindungi Diri Anda daripada Risiko Kecurian Identiti
Elakkan diri daripada menjadi mangsa kecurian identiti. Ikuti tips yang berikut:
Berhati-hati dengan tawaran yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.
Jangan terus bertindak terhadap permintaan maklumat sensitif dan perbankan.
Abaikan, sekat, dan laporkan panggilan/ SMS dari sumber yang tidak dikenali, dan jangan klik apa-apa pautan yang tidak diketahui.
Sentiasa sahkan keaslian maklumat dengan sumber rasmi, laman web, atau talian hotline.
Jangan kongsi butiran perbankan anda kepada sesiapa atau masukkan ke laman web yang tidak disahkan.

Amaran Mengenai Penipuan Malware Scam Terkini!
Berita tentang kemas kini "Pink WhatsApp" adalah palsu. Ia mengandungi perisian hasad yang boleh mengawal peranti dan mengancam keselamatan data peribadi anda.
Berhati-hatilah. Selalu sahkan keaslian sesuatu laman web. Muat turun aplikasi hanya daripada platform aplikasi rasmi. Jangan muat turun fail aplikasi/APK daripada chat yang mencurigakan.

Penipuan Phishing semakin meningkat? Jangan bimbang, kenalpasti serangan phishing
Lindungi diri anda! Ketahui bagaimana penjenayah beroperasi. Jika anda menerima panggilan atau SMS daripada orang yang tidak dikenali meminta butiran perbankan atau maklumat peribadi, jangan kongsi.

Kerja mudah untuk gaji yang tinggi? Is adalah satu penipuan!
Jangan terpedaya sehingga menerima tawaran kerja melalui rangkaian media sosial yang memerlukan anda untuk membuat pembayaran pendahuluan bagi barangan dengan perjanjian bayaran komisen yang tinggi, Is adalah taktik penipuan!
Lindungi diri anda dengan mengetahui tanda-tanda gejala penipuan.

Hati-hati dan jangan tertipu dengan penipuan Macau!
Sekiranya anda menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan pemanggil mengatakan dirinya dari pihak berkuasa, atau mana-mana badan kerajaan, jangan takut atau cemas, panggilan tersebut mungkin adalah penipuan Macau!

Jangan tertipu dengan tawaran lumayan
Penipu akan menghubungi mangsa dengan tawaran komisen yang lumayan supaya mangsa menyerahkan kad ATM atau akaun bank mereka. JANGAN memberi, menyewa atau menjual akaun bank anda kepada mana-mana pihak untuk digunakan. Kad ATM dan akaun bank adalah tanggungjawab setiap pemilik dan anda boleh disabitkan kesalahan dibawah Kanun Keseksaan.
-
Hubungi kami dengan segera
- Jika anda menjadi mangsa penipuan atau mengesyaki butiran akaun OCBC anda atau dana anda mungkin terjejas, sila hubungi talian hotline perbankan peribadi kami dengan segera di 03 8317 5000 (atau 603 8317 5000 jika anda berada di luar negara). Tekan 8 untuk melaporkan penipuan dan menyekat sementara semua akaun dan kad anda.
- Anda juga boleh menyekat sendiri dengan mengaktifkan "OCBC Kill Switch" melalui aplikasi perbankan mudah alih OCBC Malaysia anda. Selepas menyekat akaun dan kad anda, anda masih perlu menghubungi talian hotline perbankan peribadi kami untuk melaporkan penipuan tersebut.
-
Buat laporan kepada pihak polis
- Sila membuat laporan polis di mana-mana balai polis secepat mungkin. Ini akan membolehkan pihak polis memulakan siasatan ke atas kes anda.
- Anda boleh mengikuti perkembangan kes anda dengan pihak polis dengan:
- Memeriksa dalam talian melalui https://sso.rmp.gov.my
- Menghubungi pegawai penyiasat polis yang ditugaskan ke atas kes anda.
-
Maklumat yang perlu anda berikan jika anda menjadi mangsa penipuan:
- Kronologi kejadian.
- Kerugian kewangan (RM)
- Butiran anda:
- Nama penuh
- No. kad pengenalan/no. pasport
- Nombor telefon dan alamat emel
- Nombor akaun bank yang terjejas
- Model telefon dan versi
- Sistem pengendalian (ios/os) ketika transaksi
- Maklumat yang didedahkan kepada pihak ketiga, seperti butiran peribadi (nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir) dan butiran perbankan (nombor akaun, log masuk perbankan internet, kata laluan, kod pengaktifan OneToken, One Time Password (OTP), atau butiran kad debit/kredit OCBC)
- Butiran transaksi:
- Butiran akaun penerima, seperti nama bank, nombor akaun bank, nama pemilik akaun
- Butiran transaksi: Jumlah (RM), tarikh, masa
- Butiran pihak ketiga yang terlibat (jika ada).
- Untuk membantu memudahkan proses siasatan, pihak bank mungkin meminta maklumat tambahan.
-
Apa yang boleh anda jangkakan selepas melaporkan kejadian kepada bank?
- Anda mungkin akan menerima panggilan susulan daripada bank dalam masa 3 hari bekerja untuk membimbing anda dalam tindakan atau maklumat lain yang diperlukan daripada anda.
- Bank akan memberikan keputusan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh anda melaporkan penipuan tersebut.