- Apakah perbezaan Akaun 360/-i OCBC berbanding dengan akaun simpanan lain?
Akaun 360/-i OCBC merupakan akaun simpanan yang memberikan anda faedah bonus/keuntungan bonus apabila anda melakukan salah satu atau semua perkara berikut:
- Deposit sekurangnya RM500 setiap bulan
- Bayar sekurangnya 3 bil secara dalam talian setiap bulan
- Berbelanja sekurangnya RM500 dengan kad Debit/Kredit OCBC anda setiap bulan
- Bagaimana faedah/keuntungan dikira?
Anda akan menerima 2 jenis Faedah/Keuntungan pada baki akaun anda setiap bulan.
- Faedah/Keuntungan asas: Faedah/Keuntungan ini dikira setiap hari berdasarkan baki akaun anda pada akhir hari, dan anda akan menerimanya pada akhir bulan.
- Faedah Bonus/Keuntungan Bonus: Faedah/Keuntungan ini berdasarkan pada RM100,000 pertama baki purata harian akaun anda bagi bulan kalendar tersebut apabila anda memenuhi semua keperluan yang diperlukan untuk “Deposit”, “Pembayaran” dan “Perbelanjaan”. Anda akan menerimanya pada hari bekerja ke-14 bulan berikutnya; dipotong kepada 2 tempat perpuluhan. Hari bekerja adalah hari yang bukan cuti umum di Kuala Lumpur atau Sabtu atau Ahad.
- Bolehkah saya membuka lebih dari satu Akaun 360/-i OCBC?
Tidak, anda hanya boleh membuka satu akaun di mana anda adalah pemegang akaun Utama. Ini bermakna jika anda sudah mempunyai satu akaun atas nama anda sendiri, anda tidak akan dibenarkan untuk membuka akaun bersama sebagai pemegang akaun utama.
- Apakah yang akan berlaku jika saya menutup Akaun 360/-i OCBC saya sebelum tarikh kredit faedah/keuntungan?
Anda akan menerima Faedah/Keuntungan Asas yang berkuat kuasa sehingga hari sebelum penutupan akaun. Walau bagaimanapun, anda tidak layak untuk Faedah Bonus/Keuntungan Bonus.
- Adakah saya perlu "memasakkan" transaksi saya yang layak?
Ya. Kadang-kadang terdapat kelewatan di antara apabila transaksi dilakukan oleh anda, dan apabila transaksi itu dipaparkan pada akaun anda. Kelewatan dalam penghantaran transaksi disebabkan oleh pelbagai sebab, seperti masa pemprosesan, waktu penutup, hari perniagaan, dan lain-lain. Oleh itu, hanya transaksi yang memenuhi kriteria kelayakan dan dipaparkan pada akaun anda dalam bulan tersebut akan diambil kira untuk pembayaran Faedah Bonus/Keuntungan Bonus. Faedah Bonus/Keuntungan Bonus akan dibayar berdasarkan baki purata harian anda (sehingga had RM100,000).
- Bagaimana cara mengira jumlah faedah/keuntungan yang diperolehi untuk satu bulan?
Anda boleh merujuk kepada Product Information Sheet untuk ilustrasi atau menggunakan Kalkulator Dalam Talian; sila ambil perhatian juga konvensyen pengiraan yang berbeza antara faedah/keuntungan asas dan faedah bonus/keuntungan bonus (dirangkumkan dalam jadual di bawah).
Jenis Faedah/Keuntungan | Kadar dan pengiraan | Ulasan |
Faedah/Keuntungan Asas |
Dikira setiap hari Jumlah (baki akhir harian x kadar yang berkenaan untuk hari tersebut) |
Dalam kes kenaikan atau penurunan kadar, kadar yang disemak semula akan digunakan pada tarikh yang berkesan. Dengan ini, jumlah Faedah/Keuntungan Asas akan dipro-ratakan. |
Faedah Bonus/Keuntungan Bonus |
Dikira pada akhir bulan Baki purata harian (ADB) x kadar faedah/keuntungan yang berkenaan pada akhir bulan |
Dalam kes kenaikan atau penurunan kadar, kadar yang disemak semula akan digunakan pada jumlah ADB bulan itu dan Faedah Bonus/Keuntungan Bonus hanya dikira sekali pada akhir bulan. |